CLICK IT!

Mengenai Kami


Butik Memori Kasih dimiliki oleh seorang usahawan wanita yg mempunyai banyak pengalaman dalam bidang perniagaan iaitu Pn.Shereen Wee Abdullah.

Hasil cetusan idea dan minat yg ditunjukkan oleh Pn.Shereen Wee Abdullah maka terbentuklah sebuah lagi butik perkahwinan di kawasan Lembah Klang ini iaitu Butik Perkahwinan Memori Kasih.

Butik Memori Kasih ini dibantu oleh beberapa orang juruandam yg pakar dalam bidang perkahwinan dan mempunyai banyak pengalaman dalam bidang ini. Dengan pengalaman dan kreativiti yg dimiliki bersama, Memori Kasih yakin akan dapat bersama-sama memberikan persaingan sihat dalam industri ini disamping dapat memenuhi citarasa pelanggan dan mengikut trend semasa.
Dalam pada itu, Memori Kasih berhasrat untuk sama-sama berdiri dengan butik-butik perkahwinan lain yg telah lama bertapak dan mencipta nama dalam industri ini dan dikenali ramai.

Semoga dengan semangat yg ada dan minat yg mendalam ini akan membuahkan hasil disamping perniagaan yg dijalankan ini diberkati Illahi…Amin..