CLICK IT!

Perkhidmatan Kami

Khitmat Kami


Di Butik Memori Kasih kami menjanjikan perkhidmatan dan layanan yang terbaik oleh krew kami kepada semua pelanggan. Kami mengendalikan perkhidmatan berkaitan perkahwinan seperti:


PAKAIAN PENGANTIN
- Pakaian yang disediakan adalah daripada fabrik yang berkualiti tinggi dan mengikut tema majlis raja   sehari.
- Baju direka khas berdasarkan rekaan tersendiri dan mengikut kehendak pelanggan.
- Sewaan baju sedia ada dan aksesori lengkap juga disediakan.



PELAMIN
- Mempunyai pilihan pelamin yang pelbagai konsep.
- Pelamin raja sehari akan direka khas dan didekorasi mengikut tema majlis raja   sehari di samping mengikut trend semasa.



MAKE-UP
- Raja sehari akan ditatarias oleh juruandam dan make-up artist yang pakar dalam bidang ini dengan   menggunakan produk-produk dari hanya yang terbaik seperti Kryolan dan "M.A.C".


HANTARAN
- Turut menerima tempahan hantaran untuk majlis pertunangan dan perkahwinan.
- Mendekorasi hantaran pelbagai konsep dari yang ekslusif dan ekonomi. 



DOOR GIFT
- Turut menerima tempahan untuk door-gift mengikut bajet dan tema pelanggan.


FOTOGRAFI / VIDEOGRAFI / FOTO STUDIO
- Kami menyediakan perkhidmatan membuat rakaman video sepanjang majlis anda berlangsung. Juga menyediakan perkhidmatan fotografi untuk majlis bersejarah anda samada majlis nikah, bersanding, upacara memotong kek, atau apa saja di sepanjang majlis anda.
- Selain dari majlis anda sendiri, kami menerima tempahan untuk membuat foto kahwin yang dirakamkan di studio berlatar-belakangkan pemandangan-pemandangan menarik, di samping anda boleh memakai beberapa jenis pakaian yang pastinya membuatkan anda berdua berasa seperti raja sehari yang sebenarnya. 



BUNGA TANGAN
- Menggubah bunga tangan untuk raja sehari menggunakan bunga segar dengan warna pilihan.